Thursday, August 19, 2010

Genting picture post (BM version)

Adakah anda ingat lagi pos saya tentang konvo Ducum dalam versi Hokkien? Hari ini saya nak buat pos ini dalam Bahasa Melayu... Kan Raye dah nak sampai! :p

Papo dan Mamo datang ke Kay El minggu lepas untuk satu mesyuarat. Selepas itu mereka kena naik ke Bukit Genting sebab Papo ada lagi satu mesyuarat dengan Persatuan Teochew. Untuk Pengetahuan anda, kami ni orang Teochew. Eh pronounce baik-baik, jangan jahat yea... Jadi Deardo pun bawa kami semua naik ke Genting dengan kereta kesayangannya, kini jugak dipanggil 'Casper'. 'Sejuk' kan? Nama tu? Sebenarnya saya nak namakannya 'Lucifer' tapi ditolak...

Sebelum naik bukit, singgahlah kami di Ikea untuk makan tengah hari...Papo dan Mamo memang suka bersantai di Ikea...
Ayahanda tengah buat ape tu???

Lepas itu, naiklah kami ke Bukit Genting~ Huuu~Huuuu~~~!!!Sempat lagi ayahanda berposing selepas daftar-masuk ke dalam bilik hotel. Amboi~Bergaya betul~!
Nampaknya jelas sekali siapa yang lebih pandai berlakon!
Ducum memakai seluar panjang Mamo sebab nak masuk Kasino... Kekekekeke...
Tak jadi Mamo berposing kelakar~!
Ah... Jadi jugak!
Satu keluarga bahagia~! Sedihnya Vivian yang berada di Kampar! :(
Kenalah jugak ambik gambar di depan hotel walaupun bukan daftar-masuk ke hotel ni~!
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Papo dan Mamo melawat ke Genting sejak 28 tahun lalu untuk bermulan madu! Punyalah lama dah.
Begitu jugak dengan Ducum, kali terakhir dia melawat ke Genting sebelum ini adalah pada usia 12... ==|||

Selepas Kasino dan lain-lain tempat, singgahlah di kedai yang hanya dipanggil Bakery Cafe untuk minum sikit...Amboi siape yang lawa tu??? Habis yang botak tu siapa pulak???

Selepas itu, melawat ke Pameran Orang Teochew yang memang mengecewakan...Gaya Ip Man~! Jangan main-main~!
Pasangan yang baru keluar dari Tanjung Rambutan kot???
Begitulah hari Ahad kami ke Genting... Seronok jugak tapi kalau menang dalam Kasino lagi BEST~! :p

No comments:

Post a Comment