Papo dan Mamo datang ke Kay El minggu lepas untuk satu mesyuarat. Selepas itu mereka kena naik ke Bukit Genting sebab Papo ada lagi satu mesyuarat dengan Persatuan Teochew. Untuk Pengetahuan anda, kami ni orang Teochew. Eh pronounce baik-baik, jangan jahat yea... Jadi Deardo pun bawa kami semua naik ke Genting dengan kereta kesayangannya, kini jugak dipanggil 'Casper'. 'Sejuk' kan? Nama tu? Sebenarnya saya nak namakannya 'Lucifer' tapi ditolak...
Sebelum naik bukit, singgahlah kami di Ikea untuk makan tengah hari...


Lepas itu, naiklah kami ke Bukit Genting~ Huuu~Huuuu~~~!!!
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Papo dan Mamo melawat ke Genting sejak 28 tahun lalu untuk bermulan madu! Punyalah lama dah.
Begitu jugak dengan Ducum, kali terakhir dia melawat ke Genting sebelum ini adalah pada usia 12... ==|||
Selepas Kasino dan lain-lain tempat, singgahlah di kedai yang hanya dipanggil Bakery Cafe untuk minum sikit...
Selepas itu, melawat ke Pameran Orang Teochew yang memang mengecewakan...
Begitulah hari Ahad kami ke Genting... Seronok jugak tapi kalau menang dalam Kasino lagi BEST~! :p
No comments:
Post a Comment